Wednesday, March 11, 2009

Hee Yit Fong masuk pejabat tetapi 45 minit sahaja

IPOH, 8 Mac: Bukan sahaja dirinya susah bahkan ibubapanya turut susah akibat perbuatannya.

Itulah yang berlaku terhadap Adun DAP Hee Yit Fong yang meninggalkan partinya dan menjadi Adun Bebas dan membantu BN menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Hari ini, 98 Mac, Hee buat pertama kalinya muncul di pejabat pusat khidmatnya jam 3 petang namun terpaksa meninggalkannya selepas berada di situ kira-kira 45 minit sahaja.

Ini kerana, orang ramai yang berada di kedai kopi berhampiran pejabatnya mula mengeluarkan kata kesat kepada beliau.

Hee tiba dengan suaminya menaiki sebuah kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran Kuala Lumpur terpaksa meninggalkan pejabatnya selepas menemui beberapa orang yang datang ke pejabat beliau.

Bahkan, beliau dikatakan terpaksa menyewa pejabat baru kerana pemilik rumah kedai itu tidak mahu lagi menyewakan pejabat itu kepada beliau.

Sebelum ini, ibu bapa Hee menghadapi masalah kerana para peniaga di pasar enggan menjualkan ikan atau sayur kepada mereka kerana marahkan tindakan Hee yang mereka dakwa menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Orang ramai juga melakukan upacara menyembah mayat di depan pejabatnya selepas tindakan beliau sebelum ini.

Percepatkan dakwa pembunuh Kugan, Mujahid

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Kerajan Malaysia dan polis diminta mempercepat proses penyisatan dan pendakwaan ke atas pihak yang terlibat menyebabkan kematian A Kugan dalam lokap polis.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof berkata, dakwaan perlu dipercepatkan untuk mengelakkan salah faham antara kaum di negara semakin mereka yang boleh menyebabkan terjejasnya perpaduan nasional.
"Keadilan bukan setakat perlu dibuat tetapi perlu diperlihatkan," katanya kepada Siasah.
Bedah siasat kali kedua ke atas Kugan telah dijalankan pakar patologi forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya Dr Prashant Samberkar pada 25 Jan lepas.

Ia dilakukan atas permintaan keluarganya kerana tidak berpuashati dengan bedah siasat pertama di Hospital Kajang.

Kugan yang merupakan seorang suspek curi kereta mewah mati di Hospital Kajang 15 Januari lepas setelah empat hari di bawah tahanan polis.

Laporan bedah siasat kedua itu mengesahkan Kugan mati akibat penderaan secara berterusan ke atas beliau ketika berada dalam lokap polis.

4 Mac lalu, Ibu dan bapa mendiang Kuhan, Indra Nallathamby (Gambar atas dua, kanan) dan G. Ananthan (bertopi dua kiri) menyerahkan laporan bedah siasat kali kedua kepada Ketua Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Majid Tun Hamzah (kanan) di Pejabat Peguam Negara di sini 4 Mac lalu.

Turut mengiringi mereka peguam N. Surendran dan Anggota Parlimen Teluk Intan M. Manogaran.

Sultan Selangor rasmi masjid baru di Petaling Jaya

PETALING JAYA, 8 Mac: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Kawasan Melayu, Jalan Templer di sini sempena majlis perasmian masjid itu selepas pembinaan semula Jumaat lepas.Hadir sama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan).

Bangunan baru masjid itu yang dibina dengan kos keseluruhan termasuk kerja-kerja tambahan sebanyak RM11,335,365.78 telah mula digunakan sejak 20 Ogos 2008 bagi menampung permintaan menunaikan sembahyang Tarawih walaupun tarikh sebenar penyerahannya adalah pada 10 Oktober 2008

....foto Bernama.

Gambar perhimpunan bantah PPSMI









Kerajaan perpaduan: Pemimpin Umno berbelah bahagi

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Para pemimpin Umno berbelah bahagi pandangan mereka terhadap cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar diadakan kerajaan perpaduan di negara ini ekoran krisis politik dan krisis ekonomi yang bakal mendatang.

Sebaik sahaja cadangan itu disiarkan oleh laman web, Malaysian Insider, Jumaat lalu dan Siasah dalam keluaran lepas, anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyokong cadangan itu.

Namun, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz pula menyifatkan cadangan Presiden PAS itu sebagai gimik politik. Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin meminta Abdul Hadi memperincikan cadangannya manakala pemimpin Umno yang lain turut berbelah bahagi.

Sementara itu, Presiden PAS dikatakan akan membincangkan cadangannya ini secara terperinci dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, Ahad 8 Mac ini.

Setiausaha Politik beliau, Dr Shamsuri berkata, prinsip asas cadangan bosnya ini adalah penglibatan semua pihak khasnya parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Ini kerajaan perpaduan. Jadi cadangan ini perlu mendapat sokongan semua pihak dahulu khasnya dalam Pakatan Rakyat," kata beliau.

Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini

Text Widget

Text Widget