Wednesday, March 11, 2009

Hee Yit Fong masuk pejabat tetapi 45 minit sahaja

IPOH, 8 Mac: Bukan sahaja dirinya susah bahkan ibubapanya turut susah akibat perbuatannya.

Itulah yang berlaku terhadap Adun DAP Hee Yit Fong yang meninggalkan partinya dan menjadi Adun Bebas dan membantu BN menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Hari ini, 98 Mac, Hee buat pertama kalinya muncul di pejabat pusat khidmatnya jam 3 petang namun terpaksa meninggalkannya selepas berada di situ kira-kira 45 minit sahaja.

Ini kerana, orang ramai yang berada di kedai kopi berhampiran pejabatnya mula mengeluarkan kata kesat kepada beliau.

Hee tiba dengan suaminya menaiki sebuah kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran Kuala Lumpur terpaksa meninggalkan pejabatnya selepas menemui beberapa orang yang datang ke pejabat beliau.

Bahkan, beliau dikatakan terpaksa menyewa pejabat baru kerana pemilik rumah kedai itu tidak mahu lagi menyewakan pejabat itu kepada beliau.

Sebelum ini, ibu bapa Hee menghadapi masalah kerana para peniaga di pasar enggan menjualkan ikan atau sayur kepada mereka kerana marahkan tindakan Hee yang mereka dakwa menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Orang ramai juga melakukan upacara menyembah mayat di depan pejabatnya selepas tindakan beliau sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment

Text Widget

Text Widget