Wednesday, March 11, 2009

Percepatkan dakwa pembunuh Kugan, Mujahid

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Kerajan Malaysia dan polis diminta mempercepat proses penyisatan dan pendakwaan ke atas pihak yang terlibat menyebabkan kematian A Kugan dalam lokap polis.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof berkata, dakwaan perlu dipercepatkan untuk mengelakkan salah faham antara kaum di negara semakin mereka yang boleh menyebabkan terjejasnya perpaduan nasional.
"Keadilan bukan setakat perlu dibuat tetapi perlu diperlihatkan," katanya kepada Siasah.
Bedah siasat kali kedua ke atas Kugan telah dijalankan pakar patologi forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya Dr Prashant Samberkar pada 25 Jan lepas.

Ia dilakukan atas permintaan keluarganya kerana tidak berpuashati dengan bedah siasat pertama di Hospital Kajang.

Kugan yang merupakan seorang suspek curi kereta mewah mati di Hospital Kajang 15 Januari lepas setelah empat hari di bawah tahanan polis.

Laporan bedah siasat kedua itu mengesahkan Kugan mati akibat penderaan secara berterusan ke atas beliau ketika berada dalam lokap polis.

4 Mac lalu, Ibu dan bapa mendiang Kuhan, Indra Nallathamby (Gambar atas dua, kanan) dan G. Ananthan (bertopi dua kiri) menyerahkan laporan bedah siasat kali kedua kepada Ketua Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Majid Tun Hamzah (kanan) di Pejabat Peguam Negara di sini 4 Mac lalu.

Turut mengiringi mereka peguam N. Surendran dan Anggota Parlimen Teluk Intan M. Manogaran.

0 comments:

Post a Comment

Text Widget

Text Widget